26:11:2010 - Sempena Hari Keluarga QA Part Assurance, Pihak urus setia telah bertungkus lumus mencari lokasi yang terbaik. Setelah di ambil kira segala kemudahan yang tersedia , destinasi kali ini menjengok Pulau Pangkor sebagai salah sebuah tempat yang mampu memberikan kegembiraan. Bertempat di Bay View Resort, berbagai acara telah di jalankan. Persisiran pantai yang indah , di selang selikan keunikan alam semula jadi memberikan kedamaian pada semua perserta yang mengikuti rombongan kali ini.
Persisiran Pantai Pulau Pangkor
Pengunjung menikmati ombak selat Melaka
Bot tersedia menanti pengunjung yang inginkan kelainan
Sejurus tiba di Jetty Pangkor , para peserta di bawa melawat ke tempat tempat menarik di sekitar Pulau Pangkor.
Kubu Kota Belanda
Ahli bergambar di hadapan meriam
Tokong cina tertua di Pulau Pangkor
Kedai menjual keropok dan ikan masin
Selepas penat mengeliling pulau, tiba la masa nya para peserta bersantai di kolam renang yang tersedia ada menyambut pengunjung pengunjung yang menginap di Chalet Bay View Resort , Pangkor .Keseronokkan para peserta bermain air menyerikan lagi suasana.
Aksi selaman dari ahli kelab Quality Assurance
Permainan Bola air ( Polo air edisi sendiri )
Sebahagian dari aksi cilik mengawal gawang gol
Acara sukaneka juga telah di pertandingkan buat para peserta .Ibu atau bapa berserta kanak kanak juga di wajibkan menyertai bagi menjalinkan hubungan di kalangan mereka.
Acara bawa bola ping pong dalam sudu ketegori kanak kanak
Salah seorang peserta meniup belon.
Kategori wanita memasukkan benang ke dalam jarum
Pada sebelah malam pula , pihak urus setia telah mengadakan program makan malam BBQ berserta sambutan hari jadi buat ahli ahli Quality Assurance yang kebetulan jatuh pada hari tersebut. Tidak hanya habis di situ acara pertukaran hadiah yang di sediakan oleh ahli sendiri juga telah di masukkan dalam program tersebut.Ini mengukuhkan lagi keakraban sesama ahli itu sendiri .
Sedang menjamu selera sambil berbual bual
Leka mengadap hidangan BBQ
Kek harijadi yang di reka khas
Kemeriahan acara memotong kek
Hadiah hadiah menarik yang di peolehi oleh ahli
Seawal pagi , ahli ahli telah bersedia untuk menaiki bot untuk memngelilingi pulau serta melakukan snorkling.
Ahli ahli juga teruja dengan keindahan pulau pangkor.
Menikmati permandangan sekitar pulau
Gambar kenangan sebelum bergerak balik ke Shah Alam
Bergambar di hari terakhir
No comments:
Post a Comment