Monday, December 12, 2011

FAMILY DAY 2011 - CHERATING, PAHANG DARUL MAKMUR

Kite kembali lagi .........mungkin tak terlewat untuk aku coretkan kenangan ahli ahli QA di pantai Cherating Bay View , Pahang Darul Makmur. Aktiviti yang di jalankan selama 3 hari 2 malam boleh la dikatakan mendapat target . Pada hari pertama di Cherating, cuaca yang panas menjadikan suasana seperti yang di idamkan ...al maklumlah ramai yang memaklumkan akan musim hujan dan banjir mungkin berlaku ..Selepas check in di challet bagi melepas kan penat memandu selama hampir 5 jam , ada juga segelintir ahli ahli QA yang mengambil kesempatan meninjau keadaan sekeliling.


Pada sebelah petang acara sukaneka telah di adakan.Hampir 15 acara telah di jalankan di buka kepada ketogeri lelaki , Wanita dan tidak ketinggalan juga kanak kanak . Kesemua ahli ahli telah bertungkus lumus untuk memenangi pelbagai acara yang di pertandingkan iaitu masukan benang dalam jarum, menyelam paling lama , masukkan pasir dalam botol coke, minum coke sambil makan roti, gula gula dalam tepung, bawa bola ping pong mengunakan sudu , tiup belon sampai pecah, tendangan penalti , pertandingan play station dan juga kalah mati acara ping pong. 
Selepas berhempas pulas mengerah tenaga , ahli ahli QA bersama anggota keluarga beramai ramai ke kolam renang pula untuk beriadah dan menenangkan fikiran .
Pada sebelah malam pula ahli ahli QA di hidangkan dengan BBQ dinner. Pelbagai makanan laut dan lain lain lagi telah di sediakan oleh pihak resort. 
Selepas menjamu selera, Ahli ahli telah pun di kehendaki hadir ke dewan yang di sediakan  bagi upacara penyamapian hadiah dan ucapan dari pengurus besar QA.Gambar gambar ahli yang telah berjaya di dalam sukaneka , tukar tukar hadiah  dan juga cabutan nombor bertuah juga di sertakan di bawah :







Terima kasih kepada semua ahli ahli Quality Assurance yang telah meluangkan masa dan tenaga serta menjayakan family day 2011 kali kedua. Semoga kekeluargaan di antara kita semakin mesra dan berjumpa lagi di edisi seterusnya . di sini juga saya serta kan gambar gambar kandid terbaik. Sekian .....


Sunday, July 31, 2011

Tempat lepak di Cherating , Pahang

Kat sini saya ingin kongsikan bersama dengan kekawan semua . Kekadang kita mengalami masalah untuk menginap bagi yang mengemari kawasan kawasan pantai . Mungkin sesiapa yang ingin berkunjung ke Pantai Timur di sini saya serta kan tempat yang menarik , murah dan selesa. Boleh view kat bawah :

Mercu Beach Resort

  Bay View Resort


Saturday, July 23, 2011

Arsenal terus mantap .......

Peehhhhh...excited nya aku nak nengok team kegilaan datang menjengah stadium bkt jalil. Bukan nya apa kan ....sebelum belum nie aku sendiri dok nengok TV ajerrr.....kalau idak di Emirates pun kat sini pun boleh jugak  .....lantas aku pi pakat ngan kawan aku hari jugak mesti dapat kan tiket ...contact sana .......contact sini ...cari bawah meja pun tiket tak aku jumpe.......ape lagi cari komuter ler pergi subang jaya ...hahahahaha  aku dah dapat tiket bola da.....yahoooooo.........
Sekarang nie .......pusingan kedua la pulak .....lagi seminggu aku kena tunggu sebelum game bermula ....kekawan dok asyik bercerita nak buat aper la kat sana and nak jumpa player player pujaan la katakan .......
Masa yang di nantikan pun da tiba ...aku gerak dari Shah Alam pukul 4 pm ...dok menunggu kawan aku sampai ......15 minit kemudian depa pun datang ......so  sampai stadium kul 5 petang.......kite orang ingat kami ler yang awal sampai rupa rupa nya dah beratur panjang giler.........nanti korang nengok la gambar yang aku upload kat bawah ye.....Bila masuk ke stadium aku pun kutuk guard kt luar tadi  ...bukan nya aper dia tibai aku pun keropok udang aku .......sedih tul aku ....tapi tak pe la...biarlah diorang .......kat dalam dah meriah dah......sana menjerit kat sini pun jerit ....msalah nya aku yang menjerit ...hehehehhheee...depa senyum senyum tengok aku ..mungkin terkejut kat aku kotttt....ape ape hal aku enjoy malam tu ......
Game pun bermula ... aku pun layan ler sampaii  habis .....Keputusan penuh Malaysia 0 - Arsenal 4.....Aku tiba kat shah alam semula pukul 12.15am ...so sampai umah pukul 1.00 am............sedih ....sedih ....bukan pasal bola ..pasal sok aku kena KERJA LAGIIIIIII.................Waaaaaa...Waaaa.....................



 



















Sunday, July 3, 2011

Futsal : Electrical group terus menganas

Kelab sukan QA Parts telah menganjurkan perlawanan futsal di antara electrical dan construction group bertempat di Extreme Park, Shah Alam. Perlawanan ini juga telah menghubungkan bekas bekas pekerja QA. Keputusan penuh Electrical 14 - 8 Construction.Di sertakan gambar gambar yang telah berjaya di arkidkan buat tatapan.
 Trio penyerang terbaik QA
 Aksi pemain pemain QA 1
 Aksi pemain pemain QA 2
 Aksi pemain pemain QA 3
 Mengatur strategi...........
Gambar kenangan Futsal team

Tuesday, June 28, 2011

Sehari di pantai Morib, Banting

Bertemu kte dalam ruangan blog nie..bukan ape da lama x meninjau ninjau ke dalam ..disebabkan masa yg x mengizinkan..kali aku nak cerita skit mengenai tempat tempat menarik..destinasi kali nie ke pantai morib..banting..perjalanan yang memakan masa cuma 1 jam setengah dari shah alam ke pantai morib..sudah hampir 15 tahun aku x ke sana ..dan kini perubahan mendadak yg x aku duga..dulu kalau bercerita mengenai morib ..semua dok pakat jeling..la nie bru la diorang tau dan tanya morib kat mane..huhuuhu....kat sini aku sertakan gambar buat tatapan mereka yang belum lagi berkunjung ke sana .....











Pages